Tuesday, April 5, 2011

Petua Melebatkan Rambut

Petua 1 untuk melebatkan rambut:


Tahukah anda bahawa sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis boleh melebatkan rambut ? Ini caranya...rendamkan sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis di dalam secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan pada waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepas itu bilas dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Selamat mencuba.


Petua 2:


Untuk melebatkan rambut, ambik daun bunga raya ramas2 dlm air,biar semalaman (urg dulu2 selalu diembunkan,skrg ni masih ada embun ker?)..lendir tu sapu n usap2kan rambut,selain melebatkan rambut,i juga utk menghitamkan rambut dan menghilangkan sakit kepala dan menurunkan panas badan


Petua 3:


Walaupun pelbagai teknologi canggih diperkenalkan bagi merawat serta mencantikkan rambut, masih ramai wanita yg suka mengamalkan petua orang tua2 untuk menjaga mahkota mereka. 


Antara petua yg paling terkenal di kalangan org Melayu kita ialah penggunaan santan. Khasiatnya memang terkenal utk melembut serta melebatkan rambut. Caranya mudah, ambil kelapa tua & perah pekat2. Biarkan sejam agar patinya naik, baru disapu pada rambut. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dgn tuala bersih & perap setengah jam. 


Selain itu, minyak kelapa yg dibuat sendiri juga baik utk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur. Caranya mudah, perah santan dpd 2 atau 3 biji kelapa tua. Ambil yg pekat saja (2 kali perah). Kemudian jerang di dlm kuali besar tebal. Sebaik2nya guna dapur kayu kerana tempoh memasak minyak kelapa ini sgt lama (hampir sehari suntuk). Kemudian biarkan ia sejuk & baru dijaram pada kepala. 


Selain itu, minyak bijan juga elok utk melebatkan rambut. Agar lebih harum, campur minyak dgn bunga melur atau bunga melati & daun pandan. Bagi mengelakkan hapak, pastikan sisa minyak dibasuh bersih. 


Wanita Jawa pula gemar menggunakan abu batang padi utk mencuci rambut. Biasanya batang padi yg baru dituai, dibakar. Kemudian direndam semalaman, baru ditapis. Guna hampas tapisan batang padi utk mencuci rambut, kemudian bilas dgn air rendamannya. Selepas itu baru dicuci dgn air biasa sebersih2nya. Bagi menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dgn sedikit air & genyeh pada kulit kepala. Ada juga yg rajin mengumpul embun pada awal pagi & diusap2 pada pangkal rambut. Ia dipercayai mempercepatkan pertumbuhan rambut serta mengelakkan sakit kepala. 


Selain itu, lendir daun bunga raya atau gel lidah buaya elok disapu pada kulit kepala utk menyejukkan serta mengelakkan rambut gugur. Ia juga bertindak sbg perapi. Di kalangan wanita barat, penggunaan minyak buah pic, ginseng & minyak bunga kesumba digunakan dgn meluas utk mengatasi rambut gugur. Ada juga yg menggunakan gel pokok kektas & daun lidah buaya. 


Wanita Cina & Jepun pula menyukai pelbagai jenis akar ginseng, teh herba Cina & halia utk merawat rambut. Sebenarnya wanita dari negara berbeza mempunyai cara tersendiri utk merawat masalah kecantikan. Tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, bunga & daun kayu yg digunakan juga berbeza, bergantung kpd keadaan geografi serta cuaca & musim di negara berkenaan. 


Beberapa petua mudah yg boleh dicuba bagi merawat rambut bermasalah & mencantikkannya lagi. 


-RAMBUT KERING- Cuba rawat menggunakan minyak, sebaik2nya minyak sayur-sayuran. Hangatkan minyak, kemudian gunakan jari & sapu pada seluruh kulit kepala & rambut. Kukus tuala seketika agar lembap & hangat. Kemudian balut. Biar 20 minit. Basuh bersih dgn syampu. 


-RAMBUT BERMINYAK- Sediakan secawan air suam kemudian campurkan spenutup penuh syampu & kuning telur. Pukul seketika. Gunakan campuran ini utk mencuci rambut. Kemudian bilas sebersih2nya. 


-MELINDUNGI RAMBUT DPD MATAHARI- Ambil 50gm bunga cammomile, rebus bersama 300ml air & sejukkan. Selepas itu tambah perahan air limau & gunakan air ini utk membilas rambut. 


-SYAMPU SEMULAJADI- Jika kehabisan syampu, cuci rambut (jenis berminyak) dgn telur yg dipukul hingga kembang & dicampur perahan limau. Bagi rambut yg lembut & halus, cuci dgn campuran air & bunga cammomile. 


-KHASIAT MINYAK JOJOBA- Minyak tumbuhan dari gurun ini mengandungi sebatian lilin. Elok digunakan utk melembapkan rambut sekaligus membuatkan ia bersinar. Ia tidak melekit & mudah meresap ke dalam epidermis (kulit kepala). 


-SYAMPU HERBA- Tumbuk beberapa helai daun salam, campur bunga cammomile kering & sedikit bunga rosmarie. Masukkan ke dlm mangkuk, tuang air panas & biarkan beberapa minit. Kemudian tapis & campurkan secamca teh sabun cecair. Gunakan ia sbg syampu. 


-MEWARNA RAMBUT- Gunakan daun inai yg ditumbuk lumat & titiskan air utk mewarnakan rambut. Menurut pakar, inai dari Iran adalah yg terbaik kerana ia lebih merah. Cara menginai rambut mudah - ambil anggaran segenggam daun inai, kemudian tumbuk atau giling hingga halus & titiskan air. Utk warna yg lebih cantik, titiskan sedikit air teh pekat. Kemudian lumurkan pada rambut & balut dgn plastik. Biarkan beberapa jam atau semalaman. Cuci sehingga bersih & ulangi beberapa kali sehingga warna rambut bertukar. 


-RAMBUT HARUM- Jika ingin rambut sentiasa segar & harum, cuba gosok kulit kepala dgn hirisan limau nipis & biar ia seketika melitupi seluruh rambut. 


-HILANGKAN KELEMUMUR- Ambil beberapa titis minyak bunga rosmarie, campur 2 camca besar bijan & lumurkan pada kulit kepala. Kemudian syampu rambut spt biasa & bilas. 


-TONIK TAIRU- Ambil setengah mangkuk kecil tairu tanpa perasa, campur telur. Pukul hingga kembang. Kemudian campur parutan kulit limau & gaul rata. Lumur pada rambut & pakai serkup plastik mandi & biarkan lebih kurang 40 minit. Syampu & bilas bersih. Selain itu, utk mendapatkan rambut yg bersinar, cuba amalkan mencampur beberapa titis air perahan limau ke dalam air bilasan rambut. Gunakan ia utk membasahkan rambut bagi menyerlahkan sinarnya. 


SELAMAT MENCUBA Petua melebatkan rambut dan petua rambut gugur. Wassalam

No comments:

Post a Comment