Tuesday, April 5, 2011

Keguguran Rambut – Perlu Rawatan

KEGUGURAN rambut bercorak (MPHL) merupakan satu masalah yang diwarisi bergantung kepada faktor usia dan keadaan genetik.

Ia dialami oleh kira-kira 30 peratus daripada lelaki yang menjangkau usia 30 tahun, manakala 50 peratus lagi mereka yang menjangkau usia 50 tahun.
Bagi mengatasi masalah ini, pelbagai kaedah dan ubat-ubatan diuji dan dikenal pasti sejak beribu-ribu tahun yang lalu.
Namun, akibat kurang kefahaman serta rasa terdesak untuk mengubatinya, mereka yang mengalami masalah rambut gugur cenderung untuk mencuba terapi atau rawatan yang tidak diiktiraf.
Presiden Persatuan Sains Rambut Malaysia, Dr. Steven Chow berkata, talian dan laman web tersebut bertujuan mendidik orang ramai tentang sains di sebalik keguguran rambut.
Ia sekali gus mengalakan mereka berjumpa doktor sebelum mendapatkan rawatan keguguran rambut yang diluluskan oleh perubatan.
Oleh kerana keguguran rambut bercorak ditentukan secara genetik, bentuk rawatan yang paling berkesan ialah rawatan yang menangani punca asas masalah tersebut,” katanya lagi.
Sementara itu, masalah rambut gugur seharusnya dianggap sebagai satu masalah perubatan yang beransur-ansur semakin teruk jika tidak dirawat.
Selain faktor MPHL, ia juga disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan, kurang zat besi, penyakit tiroid, masalah sistem imunisasi dan tekanan.
Selain mencacatkan penampilan, masalah ini juga meninggalkan kesan psikologi di kalangan pengidapnya yang menyebabkan mereka merasa rendah diri, kemurungan, tidak berkeyakinan dan sebagainya.
TESTIMONI PENGGUNA : Rambut Gugur
Saya ingin berkongsi pengalaman saya sejak mengunakan minyak kelapa dara. semua ahli keluarga saya mengamalkannya.
Saya mengalami masaalah rambut gugur . Setiap kali saya membasuh rambut, pastinya terlalu banyak rambut yang gugur hinggakan nampak kulit kepala.Biasanya kaum lelaki akan alami masaalah botak kepala dibahagian tengah kepala begitu juga dengan saya. Tapi sejak saya gunakan minyak kelapa dara minum 1 sudu pagi ,1 sudu malam dan disapu dibahagian kawasan yang tiada rambut ,seeloknya buat macam pakai minyak rambut sapu keseluruh bahagian rambut.
Dua minggu kemudian saya amat terperanjat bila isteri saya memberitahu kawasan yang botak itu telah ditumbuhi anak rambut dan kini bahagian tengah kepala saya telah penuh ditumbuhi rambut.
Pada mereka2 yang mengalami masaalah botak ditengah kepala why not mencuba minyak kepala dara ini.
Abd. Rahman
Matahari Height
Senawang N. Sembilan

Petua Kecantikan dan Rawatan Rambut

Mencantikkan Rambut
  1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
    • Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
    • Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
    • Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
  2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
Hindari Rambut Gugur
  1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
  2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
  3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.
Melebatkan Rambut
  1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
  2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.
Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-
  1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
  2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.


Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Petua Mengurangkan Rambut Gugur

Fuyoohhh...Selama beberapa minggu saya keputusan bekalan (internet masalah!), banyak soalan yang dikemukakan dalam blog ni. InsyaAllah saya akan cuba berkongsi petua-petua yang anda telah request di ruangan "shoutbox" yang terdapat pada bahagian sebelah kanan blog ini. 

Namun begitu, ada juga request petua yang telah sedia saya post. Mungkin beberapa orang di kalangan anda tidak perasan petua yang anda minta itu telahpun saya postkan. Jadi bagi memudahkan anda, saya telah menambahkan sesuatu yang baru di blog ini iaitu ruangan menu (lihat pada sidebar sebelah kiri blog). Di situ, saya telah himpunkan menu-menu yang boleh anda nampak dengan mudah. Saya harap anda dapat temui apa yang anda cari di situ.


petikan mengenai rambut gugur ini dipetik daripada http://petua-kecantikan-melayu.blogspot.com/2007/05/petua-mengurangkan-rambut-gugur.htmlSemoga anda semua mendapat manfaat daripada petua-petua yang dipaparkan di sini. Saya akan cuba postkan petua yang saya tahu berdasarkan permintaan yang telah anda buat di blog ini. Saya akan mulakan dengan petua untuk rambut (mengurangi masalah rambut gugur, melicinkan dan menambahkan volume pada rambut anda)

Petua Mengurangkan Rambut Gugur :

Saya juga menghadapi masalah rambut yang gugur dan berkelemumur. Tapi setelah mencuba petua ini, saya dapati rambut yang gugur telah berkurangan dengan kadar yang segera. Anda sendiri boleh mencubanya kerana ianya mudah sahaja.

Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu. 

p/s : bagi yang sukar untuk mendapatkan bunga raya putih dan daun lidah buaya, saya nasihatkan mulalah menanam pokok-pokok ini di rumah anda, walaupun hanya menggunakan pasu sahaja.

Rawatan Androgenetik Alopesia (Rawatan Rambut @ Rambut Gugur)

Rawatan Androgenetik Alopesia (Rawatan Rambut @ Rambut Gugur)
- Rawatan Neuro Akupunktur dan Ubatan Herba
- Generasi Keempat Rawatan Ubatan Herba Cina Formula Turun Temurun
Androgenetik Alopesia masalah rambut gugur
Kami mempunyai formula khas untuk merawat rambut gugur.
Kesemua formula ini telah dikaji terlebih dahulu selama 140 tahun dahulu dan dikemaskini mengikut peredaran masa selaras dengan gelaran yang diberi kepada Master.
Tidak hairanlah jika wanita memandang masalah rambut gugur sebagai sesuatu yang cukup serius. Pada kebiasaan keguguran berlaku disebabkan oleh faktor keturunan pada peringkat remaja, lingkungan 20-an atau 30-an. Masalah ini menjadi lebih ketara apabila mereka mencecah usia 40-an.
Bagi setiap individu, hampir 90 peratus rambut di kulit kepala akan terus berada dalam fasa pertumbuhan, manakala bakinya di kulit kepala akan berada dalam fasa rehat.

Fasa pertumbuhan ini berlanjutan dalam tempoh antara dua hingga enam tahun. Bagaimanapun, rambut akan gugur pada penghujung fasa rehat.

Pertumbuhan rambut yang normal perlu melalui tiga peringkat iaitu:

* Fasa pertumbuhan

* Fasa berehat

* Fasa gugur
Bagaimanapun, kadar pertumbuhan rambut seseorang dipengaruhi oleh faktor usia. Semakin meningkat umur seseorang, semakin perlahan fasa pertumbuhan rambut mereka.
JENIS-JENIS MASALAH RAMBUT GUGUR

* Androgenetik alopesia

Ia merupakan masalah rambut gugur yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita. Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk kebotakan pada lelaki (male pattern baldness).

Ia disebabkan oleh kombinasi tiga faktor iaitu:
  • testosteron - (hormon lelaki).
  • usia - selepas seseorang berusia lebih 20 tahun.
  • keturunan - biasanya berlaku lebih kerap dikalangan lelaki berbanding wanita.

Rawatan agak sukar dan mahal, namun mereka yang ingin mendapatkan rawatan dinasihatkan berjumpa pakar yang arif untuk merawat penyakit ini. Ini kerana terdapat ubat-ubatan yang disahkan berkesan penggunaannya. Sebaik-baiknya, elak menggunakan ubat-ubatan yang tidak diketahui kesannya

* Alopesia areata
Masalah rambut gugur setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya. Prognosisnya agak baik tanpa rawatan, bagaimanapun adakalanya ia akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

* Telogen effluvium
Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet). Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan, tanpa memerlukan sebarang rawatan.
PUNCA-PUNCA RAMBUT GUGUR YANG SERIUS
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. rambut gugur ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.
rambut gugur bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:
* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa rambut gugur akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami rambut gugur yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.

* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan rambut gugur.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun rambut gugur ini akan pulih seperti sediakala.

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan rambut gugur untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan rambut gugur.


* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Info Rambut Gugur

Berikut merupakan info tentang rambut gugur. Boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mengalami masalah rambut gugur.


Apakah pertumbuhan rambut yang normal? 


Rambut tumbuh sebanyak 1cm setiap bulan. Ia tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada 3 fasa. 
• Fasa pertumbuhan (Anagen) berakhir sehingga 2 - 6 tahun 
• Fasa segenerasi separa (Catagen) berakhir sehingga 10 -14 hari 
• Fasa rehat (Telogen) berakhir sehingga 2 - 3 bulan di mana rambut akan gugur seterusnya 


Jangka hayat rambut adalah lebih kurang lima tahun. 


Berapa banyak rambut harus gugur setiap hari? 
Lebih kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala 10% lagi berada dalam fasa rehat. Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lebih kurang 100 helai rambut boleh gugur dalam sehari. 


Apa yang menyebabkan keguguran rambut yang teruk dan tidak normal? 


Keguguran rambut yang teruk atau botak (alopecia) boleh berlaku: 


• Selepas melalui keadaan yang tertekan/stres seperti: 
   o Sakit yang serius 
   o Pembedahan besar 
   o Selepas bersalin 


Ia berlaku di antara  3 hingga 4 bulan selepas melalui keadaan tersebut di mana rambut akan berhenti tumbuh dan terus memasuki fasa rehat. Ini dipanggil Teloger Effluvium.                                                   
                                                                             
• Masalah hormon 
   o Penyakit kelenjar tiroid 


• Disebabkan penyakit seperti penyakit Sistemik Lupus Erythematosus 


• Kesan sampingan ubatan seperti 
   o Ubat Antikogulasi (warfarin) 
   o Ubat merawat kanser (kemoterapi) 
   o Pil perancang keluarga (kontraseptif secara oral) 
   o Ubat anti-kemurungan 


• Alopecia Androgenik 
   o Botak mengikut corak lelaki adalah: 
      *Penyebab yang biasa bagi lelaki ialah disebabkan oleh keturunan 
      *Keadaan ini boleh berlaku seawal umur dua puluhan 
      *Rambut mula botak di bahagian anak rambut bahagian hadapan dan atas 
        kepala 
   
   o Botak mengikut corak wanita: 
      *Berlaku kepada wanita yang mempunyai kecenderungan   
        genetik/keturunan 
      *Rambut menjadi semakin nipis di  seluruh kepala terutamanya di  
        bahagian atas kepala 


• Penyebab lain keguguran rambut yang teruk ialah: 
   o Jangkitan - jangkitan kulat, biasanya berlaku pada kanak-kanak 
      *Keguguran rambut berlaku tidak sekata 
   
   o Alopecia Areata. Ini terjadi disebabkan oleh penyakit auto imun di mana    
      liang rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri 
      *Ia boleh menyebabkan tompokan-tompokan botak 
      *Ia boleh menyebabkan botak di keseluruhan kepala (Alopecia totalis) 
      *Ia boleh mengakibatkan botak di keseluruhan rambut kepala, kening, 
        ketiak dan bulu di kemaluan. (Alopecia Universalis) 


   o Trichotillomania ialah masalah psikologi yang mendorong individu menarik 
      rambut mereka 
      *Ia biasanya dialami oleh remaja perempuan berbanding lelaki 
      *Ia dikaitkan dengan masalah kemurungan 


Apa yang perlu saya buat jika saya menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk dan tidak normal? 


Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. 


• Jika masalah rambut gugur disebabkan oleh stres, jangan bimbang kerana ia   
   hanya sementara dan rambut akan tumbuh semula 


• Penyiasatan untuk mengesahkan penyakit lain seperti penyakit tiroid dan SLE 
   perlu dilakukan untuk rawatan 


• Jangkitan kulat boleh dirawat menggunakan ubat anti-kulat 


• Ubat dapat membantu dalam beberapa situasi 
   o Contohnya, minoxidil dalam bentuk  topikal 2% dan 5% dapat    
      memperlahankan atau mencegah masalah botak mengikut corak lelaki atau 
      wanita 
   o Tablet finasteride dapat membantu masalah botak pada lelaki 


• Terapi psiko logikal diperlukan untuk rawatan Trichotillomania


Semakan akhir: 14 Julai 2006 


Info tentang rambut gugur ini Dipetik daripada http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/RAMBUTGUGUR.pdf

Rahsia Melebatkan Rambut dan Mengubati Rambut Gugur

MENUBATI RAMBUT GUGUR & CANTIKAN RAMBUT
Terutama bagi wanita yang mengalami rambut gugur dan ingin cantikkan rambut cubalah petua ini kerana rambut adalah sebahagian dari mahkota wanita. Pokok pisang yang ditebang akan meninggalkan tunggul yang tertanam di dalam tanah. Lubangkan tunggul batang pisang ini. Keesaokkan harinya lubang tunggul itu akan dipenuhi air yang amat sejuk. Sapukan air tersebtu ke kepala anda setiap hari. InsyaAllah dalam masa yang tidak lama, rambut anda akan menjadi sihat dan berseri.

MELEBATKAN RAMBUT JARANG ATAU BOTAK


Ambil telur udang dan gosokkan pada kulit kepala anda. Keesokkan harinya baru dibasuh. Lakukan selalu, hasilnya pasti rambut anda bertambah lebat.