Tuesday, April 5, 2011

Info Rambut Gugur

Berikut merupakan info tentang rambut gugur. Boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mengalami masalah rambut gugur.


Apakah pertumbuhan rambut yang normal? 


Rambut tumbuh sebanyak 1cm setiap bulan. Ia tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada 3 fasa. 
• Fasa pertumbuhan (Anagen) berakhir sehingga 2 - 6 tahun 
• Fasa segenerasi separa (Catagen) berakhir sehingga 10 -14 hari 
• Fasa rehat (Telogen) berakhir sehingga 2 - 3 bulan di mana rambut akan gugur seterusnya 


Jangka hayat rambut adalah lebih kurang lima tahun. 


Berapa banyak rambut harus gugur setiap hari? 
Lebih kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala 10% lagi berada dalam fasa rehat. Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lebih kurang 100 helai rambut boleh gugur dalam sehari. 


Apa yang menyebabkan keguguran rambut yang teruk dan tidak normal? 


Keguguran rambut yang teruk atau botak (alopecia) boleh berlaku: 


• Selepas melalui keadaan yang tertekan/stres seperti: 
   o Sakit yang serius 
   o Pembedahan besar 
   o Selepas bersalin 


Ia berlaku di antara  3 hingga 4 bulan selepas melalui keadaan tersebut di mana rambut akan berhenti tumbuh dan terus memasuki fasa rehat. Ini dipanggil Teloger Effluvium.                                                   
                                                                             
• Masalah hormon 
   o Penyakit kelenjar tiroid 


• Disebabkan penyakit seperti penyakit Sistemik Lupus Erythematosus 


• Kesan sampingan ubatan seperti 
   o Ubat Antikogulasi (warfarin) 
   o Ubat merawat kanser (kemoterapi) 
   o Pil perancang keluarga (kontraseptif secara oral) 
   o Ubat anti-kemurungan 


• Alopecia Androgenik 
   o Botak mengikut corak lelaki adalah: 
      *Penyebab yang biasa bagi lelaki ialah disebabkan oleh keturunan 
      *Keadaan ini boleh berlaku seawal umur dua puluhan 
      *Rambut mula botak di bahagian anak rambut bahagian hadapan dan atas 
        kepala 
   
   o Botak mengikut corak wanita: 
      *Berlaku kepada wanita yang mempunyai kecenderungan   
        genetik/keturunan 
      *Rambut menjadi semakin nipis di  seluruh kepala terutamanya di  
        bahagian atas kepala 


• Penyebab lain keguguran rambut yang teruk ialah: 
   o Jangkitan - jangkitan kulat, biasanya berlaku pada kanak-kanak 
      *Keguguran rambut berlaku tidak sekata 
   
   o Alopecia Areata. Ini terjadi disebabkan oleh penyakit auto imun di mana    
      liang rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri 
      *Ia boleh menyebabkan tompokan-tompokan botak 
      *Ia boleh menyebabkan botak di keseluruhan kepala (Alopecia totalis) 
      *Ia boleh mengakibatkan botak di keseluruhan rambut kepala, kening, 
        ketiak dan bulu di kemaluan. (Alopecia Universalis) 


   o Trichotillomania ialah masalah psikologi yang mendorong individu menarik 
      rambut mereka 
      *Ia biasanya dialami oleh remaja perempuan berbanding lelaki 
      *Ia dikaitkan dengan masalah kemurungan 


Apa yang perlu saya buat jika saya menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk dan tidak normal? 


Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. 


• Jika masalah rambut gugur disebabkan oleh stres, jangan bimbang kerana ia   
   hanya sementara dan rambut akan tumbuh semula 


• Penyiasatan untuk mengesahkan penyakit lain seperti penyakit tiroid dan SLE 
   perlu dilakukan untuk rawatan 


• Jangkitan kulat boleh dirawat menggunakan ubat anti-kulat 


• Ubat dapat membantu dalam beberapa situasi 
   o Contohnya, minoxidil dalam bentuk  topikal 2% dan 5% dapat    
      memperlahankan atau mencegah masalah botak mengikut corak lelaki atau 
      wanita 
   o Tablet finasteride dapat membantu masalah botak pada lelaki 


• Terapi psiko logikal diperlukan untuk rawatan Trichotillomania


Semakan akhir: 14 Julai 2006 


Info tentang rambut gugur ini Dipetik daripada http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/RAMBUTGUGUR.pdf

No comments:

Post a Comment