Fuyoohhh...Selama beberapa minggu saya keputusan bekalan (internet masalah!), banyak soalan yang dikemukakan dalam blog ni. InsyaAllah saya akan cuba berkongsi petua-petua yang anda telah request di ruangan "shoutbox" yang terdapat pada bahagian sebelah kanan blog ini.
Namun begitu, ada juga request petua yang telah sedia saya post. Mungkin beberapa orang di kalangan anda tidak perasan petua yang anda minta itu telahpun saya postkan. Jadi bagi memudahkan anda, saya telah menambahkan sesuatu yang baru di blog ini iaitu ruangan menu (lihat pada sidebar sebelah kiri blog). Di situ, saya telah himpunkan menu-menu yang boleh anda nampak dengan mudah. Saya harap anda dapat temui apa yang anda cari di situ.
petikan mengenai rambut gugur ini dipetik daripada http://petua-kecantikan-melayu.blogspot.com/2007/05/petua-mengurangkan-rambut-gugur.htmlSemoga anda semua mendapat manfaat daripada petua-petua yang dipaparkan di sini. Saya akan cuba postkan petua yang saya tahu berdasarkan permintaan yang telah anda buat di blog ini. Saya akan mulakan dengan petua untuk rambut (mengurangi masalah rambut gugur, melicinkan dan menambahkan volume pada rambut anda)
Petua Mengurangkan Rambut Gugur :
Saya juga menghadapi masalah rambut yang gugur dan berkelemumur. Tapi setelah mencuba petua ini, saya dapati rambut yang gugur telah berkurangan dengan kadar yang segera. Anda sendiri boleh mencubanya kerana ianya mudah sahaja.
Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.
p/s : bagi yang sukar untuk mendapatkan bunga raya putih dan daun lidah buaya, saya nasihatkan mulalah menanam pokok-pokok ini di rumah anda, walaupun hanya menggunakan pasu sahaja.
No comments:
Post a Comment