| ||||||
Androgenetik Alopesia masalah rambut gugur | ||||||
Kami mempunyai formula khas untuk merawat rambut gugur. Kesemua formula ini telah dikaji terlebih dahulu selama 140 tahun dahulu dan dikemaskini mengikut peredaran masa selaras dengan gelaran yang diberi kepada Master. | ||||||
Tidak hairanlah jika wanita memandang masalah rambut gugur sebagai sesuatu yang cukup serius. Pada kebiasaan keguguran berlaku disebabkan oleh faktor keturunan pada peringkat remaja, lingkungan 20-an atau 30-an. Masalah ini menjadi lebih ketara apabila mereka mencecah usia 40-an. Bagi setiap individu, hampir 90 peratus rambut di kulit kepala akan terus berada dalam fasa pertumbuhan, manakala bakinya di kulit kepala akan berada dalam fasa rehat. Fasa pertumbuhan ini berlanjutan dalam tempoh antara dua hingga enam tahun. Bagaimanapun, rambut akan gugur pada penghujung fasa rehat. Pertumbuhan rambut yang normal perlu melalui tiga peringkat iaitu: * Fasa pertumbuhan * Fasa berehat * Fasa gugur |
Bagaimanapun, kadar pertumbuhan rambut seseorang dipengaruhi oleh faktor usia. Semakin meningkat umur seseorang, semakin perlahan fasa pertumbuhan rambut mereka. |
JENIS-JENIS MASALAH RAMBUT GUGUR |
* Androgenetik alopesia Ia merupakan masalah rambut gugur yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita. Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk kebotakan pada lelaki (male pattern baldness). Ia disebabkan oleh kombinasi tiga faktor iaitu:
Rawatan agak sukar dan mahal, namun mereka yang ingin mendapatkan rawatan dinasihatkan berjumpa pakar yang arif untuk merawat penyakit ini. Ini kerana terdapat ubat-ubatan yang disahkan berkesan penggunaannya. Sebaik-baiknya, elak menggunakan ubat-ubatan yang tidak diketahui kesannya * Alopesia areata Masalah rambut gugur setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya. Prognosisnya agak baik tanpa rawatan, bagaimanapun adakalanya ia akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan. * Telogen effluvium Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet). Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan, tanpa memerlukan sebarang rawatan. |
PUNCA-PUNCA RAMBUT GUGUR YANG SERIUS |
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. rambut gugur ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala. rambut gugur bagi kategori ini biasanya berpunca daripada: * Melahirkan anak Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa rambut gugur akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami rambut gugur yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih. * Penyakit tiroid Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan rambut gugur. * Demam, jangkitan dan selesema yang serius Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun rambut gugur ini akan pulih seperti sediakala. * Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal. * Ubat-ubatan Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan rambut gugur untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan rambut gugur. * Rawatan kanser Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala. Petikan rambut gugur ini Dipetik daripada http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/HairLostTreatmentCure.html |
No comments:
Post a Comment