Wednesday, April 6, 2011

Pengiktirafan Produk Tropica Bioherb Industries

Serum Rawatan Rambut Kritikal (Limau purut) Tropica Bioherb Industries

SYAMPO HERBA (150ml) Hair Re Born - Tropica Bioherb Industries


SYAMPU HERBA(150ml)
HARGA S/M: RM 35 S/S:RM 40


SYAMPU HERBA-'HAIR RE-BORN'
Syampu herba 'hair re-born' difomulasi dari ekstraks herba terbaik seperti limau purut, buah mengkudu, serai wangi, bunga raya putih dan lidah buaya. Campuran enzim buah-buahan yang menghasilkan mikroorganisma penting pada rambut menjadikan kesan yang sungguh ajaib pada rambut yang bermasalah seperti gugur, gatal,klemumur, kudis, rambut pecah dan kusut. Membantu pertumbuhan rambut baruserta menguatkan struktur rambut. Membuang panas kepala dan tekanan perasaan.

CARA PENGGUNAAN
Basahkan rambut dan ratakan syampo sepenuhnya pada kulit kepala serta struktur rambut. Urut perlahan-lahan selama 3 minit bagi berlaku penyerapan ektraks herba dan mikroorganisma ke dalam kulit kepala. bilas rambut dan keringkan 80%, sapukan serum atau krim rambut herba tropika bioherb. Urut kepala selama 5 minit.

BAHAN-BAHAN
Dl Water, Enzim buah-buahan, ekstrak herba, ekstrak serai wangi, minyak jojoba, minyak kelapa dara, ekstrak alovera, n70,dimethicomol, cocomid DEA, lanolin, cocomidopropyl, betainne, carbomer,disodium edta, panthenol, glyceryl monostearate, methylylchloroisathiazo linone.

Krim Rambut Anti GUGUR - Tropica Bioherb Industries


KRIM RAMBUT TROPICA BIOHERB(80g)


HARGA S/M RM 25 S/S RM 32


Ramai yang memberi jawapan positif malah ada yang mencari-cari produk ini setelah mencuba. Saudara jangan risau sebab produk ini herbal, water based dan tiada kesan sampingan.

KRIM RAWATAN RAMBUT BIOHERBS DIRUMUS MENGGUNAKAN BAHAN BERMUTU TINGGI MINYAK KELAPA DARA DAN 7 HERBA TERPILIH

ANDA MENGALAMI MASALAH BERIKUT?
  1. Rambut jarang dan gugur
  2. Uban yang banyak
  3. Kulit kepala gatal dan kering
  4. Akar rambut reput
  5. Rambut putus dan bercabang
  6. Kelumumur
  7. Rambut perang tidak bersinar
  8. Stress dan sakit kepala Kini anda tidak perlu lagi membuat rawatan rambut yang mahal, hanya di hujung jari, setiap hari dan di mana sahaja kami sedia membantu. Berasaskan sumber alam semulajadi tanpa bahan kimia dan sumber haiwan. Keluaran bumiputera dan halal. Mudah menyerap dan tidak melekit.


CARA PENGGUNAAN:

Cuci rambut dan kulit kepala hingga bersih dan keringkan
Oleskan sedikit krim rambut bioherb pada tapak tangan dan ratakan seluruh kepala seperti memakai krim rambut biasa.
untuk lebih berkesan,buat urutan pada tempat yang bermasalah selama 1-2 minit supaya krim rawatan ini dapat meresap dan bertindak jauh ke lapisan kulit.
Amalkan setiap hari,masalah anda pasti dapat di atasi.InsyaAllah..

BAHAN-BAHAN
VCO,Hibiscuss Rossa Sinensis,Birch,Stinging Nettle,Horse Tail,Coltsfoot,yarrow,Rosemary,Mother of Thyme

Tuesday, April 5, 2011

KOSMO


SERUM ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR DICIPTA
SERDANG – Setiap wanita biasanya mahu rambut yang cantik dan sihat kerana ia dianggap mahkota mereka. Kepada lelaki, ia juga membantu penampilan diri.
Namun, apabila usia semakin meningkat, penghasilan folikel rambut semakin menurun dan mengakibatkan rambut mula menjadi putih dan gugur.
Bagaimanapun, Tropica Bioherb Industries (Tropica) yang beroperasi di Butterworth sejak setahun lalu telah memperkenalkan krim rawatan rambut sebagai alternatif dalam mengembalikan kesihatan rambut bermasalah.
Pengurus Pemasaran Tropica, Abdul Samad Omar berkata, kesemua bahan yang digunakan terdiri daripada serum yang dihasilkan daripada tujuh herba dan tumbuhan semula jadi serta tidak melibatkan sebarang bahan kimia.

-= Metro newspaper "Keajaiban Produk Rawatan Herba Tropica Bioherb" . =- 

TESTIMONI

Testimoni 1 :( Pn Noraini Binti Husin – Penjawat Awam ): Saya menggalami masalah rambut gugur yang teruk dan telah mencuba pelbagai produk dipasaran tetapi tidak berjaya sehinggalah saya diperkenalkan produk rawatan rambut tropica bioherb.Setelah seminggu saya mencuba ternyata keberkesanan produk ini amat berkesan sekali.Keguguran rambut saya yang teruk sebelum ini telah berhenti dan kini rambut saya kembali lebat dan sihat.


Testimoni 2: ( Dato Zulkifli Bin Abas – Ahli Korporat) Saya menghadapi masalah rambut jarang dan hampir botak. Rambut saya juga kerap gugur. Saya telah menggunakan semua produk-produk rawatan rambut yang berada dipasaran dan telah menghabiskan berpuluh ribu sehingga saya ke luar Negara bagi mendapatkan rawatan dan semuanya tidak menjadi. Apabila saya diperkenalkan produk rawatan rambut tropica bioherb ini saya ternyata tidak percaya dan yakin kerana dengan berpuluh ribupun rawatan tidak berkesan, inikan produk yang harganya tidak sampai RM50.Tapi oleh kerana harganya murah saya membeli dan mencuba. Alangkah terperanjatnya saya setelah menggunakannya selama satu bulan keguguran rambut saya berhenti, rambut tumbuh dengan lebat sekali. Untuk pengetahuan semua pengguna saya telah membuat kenduri kesyukuran kerana masalah rambut saya selesai hanya dengan produk rawatan yang tidak sampai RM50 sahaja...hebat..!!


GAMBAR 1 :Pelanggan yang berjaya mengatasi masalah uban, kelumumur dan sakit kepala
GAMBAR 2:Pengunjung booth Tropica Bioherb di MAHA 2010
GAMBAR 3:Rawatan rambut di booth Tropica Bioherb MAHA 2010
GAMBAR 4:Pengunjung booth Tropica Bioherb di MAHA 2010





Petua Melebatkan Rambut

Petua 1 untuk melebatkan rambut:


Tahukah anda bahawa sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis boleh melebatkan rambut ? Ini caranya...rendamkan sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis di dalam secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan pada waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepas itu bilas dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Selamat mencuba.


Petua 2:


Untuk melebatkan rambut, ambik daun bunga raya ramas2 dlm air,biar semalaman (urg dulu2 selalu diembunkan,skrg ni masih ada embun ker?)..lendir tu sapu n usap2kan rambut,selain melebatkan rambut,i juga utk menghitamkan rambut dan menghilangkan sakit kepala dan menurunkan panas badan


Petua 3:


Walaupun pelbagai teknologi canggih diperkenalkan bagi merawat serta mencantikkan rambut, masih ramai wanita yg suka mengamalkan petua orang tua2 untuk menjaga mahkota mereka. 


Antara petua yg paling terkenal di kalangan org Melayu kita ialah penggunaan santan. Khasiatnya memang terkenal utk melembut serta melebatkan rambut. Caranya mudah, ambil kelapa tua & perah pekat2. Biarkan sejam agar patinya naik, baru disapu pada rambut. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dgn tuala bersih & perap setengah jam. 


Selain itu, minyak kelapa yg dibuat sendiri juga baik utk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur. Caranya mudah, perah santan dpd 2 atau 3 biji kelapa tua. Ambil yg pekat saja (2 kali perah). Kemudian jerang di dlm kuali besar tebal. Sebaik2nya guna dapur kayu kerana tempoh memasak minyak kelapa ini sgt lama (hampir sehari suntuk). Kemudian biarkan ia sejuk & baru dijaram pada kepala. 


Selain itu, minyak bijan juga elok utk melebatkan rambut. Agar lebih harum, campur minyak dgn bunga melur atau bunga melati & daun pandan. Bagi mengelakkan hapak, pastikan sisa minyak dibasuh bersih. 


Wanita Jawa pula gemar menggunakan abu batang padi utk mencuci rambut. Biasanya batang padi yg baru dituai, dibakar. Kemudian direndam semalaman, baru ditapis. Guna hampas tapisan batang padi utk mencuci rambut, kemudian bilas dgn air rendamannya. Selepas itu baru dicuci dgn air biasa sebersih2nya. Bagi menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dgn sedikit air & genyeh pada kulit kepala. Ada juga yg rajin mengumpul embun pada awal pagi & diusap2 pada pangkal rambut. Ia dipercayai mempercepatkan pertumbuhan rambut serta mengelakkan sakit kepala. 


Selain itu, lendir daun bunga raya atau gel lidah buaya elok disapu pada kulit kepala utk menyejukkan serta mengelakkan rambut gugur. Ia juga bertindak sbg perapi. Di kalangan wanita barat, penggunaan minyak buah pic, ginseng & minyak bunga kesumba digunakan dgn meluas utk mengatasi rambut gugur. Ada juga yg menggunakan gel pokok kektas & daun lidah buaya. 


Wanita Cina & Jepun pula menyukai pelbagai jenis akar ginseng, teh herba Cina & halia utk merawat rambut. Sebenarnya wanita dari negara berbeza mempunyai cara tersendiri utk merawat masalah kecantikan. Tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, bunga & daun kayu yg digunakan juga berbeza, bergantung kpd keadaan geografi serta cuaca & musim di negara berkenaan. 


Beberapa petua mudah yg boleh dicuba bagi merawat rambut bermasalah & mencantikkannya lagi. 


-RAMBUT KERING- Cuba rawat menggunakan minyak, sebaik2nya minyak sayur-sayuran. Hangatkan minyak, kemudian gunakan jari & sapu pada seluruh kulit kepala & rambut. Kukus tuala seketika agar lembap & hangat. Kemudian balut. Biar 20 minit. Basuh bersih dgn syampu. 


-RAMBUT BERMINYAK- Sediakan secawan air suam kemudian campurkan spenutup penuh syampu & kuning telur. Pukul seketika. Gunakan campuran ini utk mencuci rambut. Kemudian bilas sebersih2nya. 


-MELINDUNGI RAMBUT DPD MATAHARI- Ambil 50gm bunga cammomile, rebus bersama 300ml air & sejukkan. Selepas itu tambah perahan air limau & gunakan air ini utk membilas rambut. 


-SYAMPU SEMULAJADI- Jika kehabisan syampu, cuci rambut (jenis berminyak) dgn telur yg dipukul hingga kembang & dicampur perahan limau. Bagi rambut yg lembut & halus, cuci dgn campuran air & bunga cammomile. 


-KHASIAT MINYAK JOJOBA- Minyak tumbuhan dari gurun ini mengandungi sebatian lilin. Elok digunakan utk melembapkan rambut sekaligus membuatkan ia bersinar. Ia tidak melekit & mudah meresap ke dalam epidermis (kulit kepala). 


-SYAMPU HERBA- Tumbuk beberapa helai daun salam, campur bunga cammomile kering & sedikit bunga rosmarie. Masukkan ke dlm mangkuk, tuang air panas & biarkan beberapa minit. Kemudian tapis & campurkan secamca teh sabun cecair. Gunakan ia sbg syampu. 


-MEWARNA RAMBUT- Gunakan daun inai yg ditumbuk lumat & titiskan air utk mewarnakan rambut. Menurut pakar, inai dari Iran adalah yg terbaik kerana ia lebih merah. Cara menginai rambut mudah - ambil anggaran segenggam daun inai, kemudian tumbuk atau giling hingga halus & titiskan air. Utk warna yg lebih cantik, titiskan sedikit air teh pekat. Kemudian lumurkan pada rambut & balut dgn plastik. Biarkan beberapa jam atau semalaman. Cuci sehingga bersih & ulangi beberapa kali sehingga warna rambut bertukar. 


-RAMBUT HARUM- Jika ingin rambut sentiasa segar & harum, cuba gosok kulit kepala dgn hirisan limau nipis & biar ia seketika melitupi seluruh rambut. 


-HILANGKAN KELEMUMUR- Ambil beberapa titis minyak bunga rosmarie, campur 2 camca besar bijan & lumurkan pada kulit kepala. Kemudian syampu rambut spt biasa & bilas. 


-TONIK TAIRU- Ambil setengah mangkuk kecil tairu tanpa perasa, campur telur. Pukul hingga kembang. Kemudian campur parutan kulit limau & gaul rata. Lumur pada rambut & pakai serkup plastik mandi & biarkan lebih kurang 40 minit. Syampu & bilas bersih. Selain itu, utk mendapatkan rambut yg bersinar, cuba amalkan mencampur beberapa titis air perahan limau ke dalam air bilasan rambut. Gunakan ia utk membasahkan rambut bagi menyerlahkan sinarnya. 


SELAMAT MENCUBA Petua melebatkan rambut dan petua rambut gugur. Wassalam

Keguguran Rambut – Perlu Rawatan

KEGUGURAN rambut bercorak (MPHL) merupakan satu masalah yang diwarisi bergantung kepada faktor usia dan keadaan genetik.

Ia dialami oleh kira-kira 30 peratus daripada lelaki yang menjangkau usia 30 tahun, manakala 50 peratus lagi mereka yang menjangkau usia 50 tahun.
Bagi mengatasi masalah ini, pelbagai kaedah dan ubat-ubatan diuji dan dikenal pasti sejak beribu-ribu tahun yang lalu.
Namun, akibat kurang kefahaman serta rasa terdesak untuk mengubatinya, mereka yang mengalami masalah rambut gugur cenderung untuk mencuba terapi atau rawatan yang tidak diiktiraf.
Presiden Persatuan Sains Rambut Malaysia, Dr. Steven Chow berkata, talian dan laman web tersebut bertujuan mendidik orang ramai tentang sains di sebalik keguguran rambut.
Ia sekali gus mengalakan mereka berjumpa doktor sebelum mendapatkan rawatan keguguran rambut yang diluluskan oleh perubatan.
Oleh kerana keguguran rambut bercorak ditentukan secara genetik, bentuk rawatan yang paling berkesan ialah rawatan yang menangani punca asas masalah tersebut,” katanya lagi.
Sementara itu, masalah rambut gugur seharusnya dianggap sebagai satu masalah perubatan yang beransur-ansur semakin teruk jika tidak dirawat.
Selain faktor MPHL, ia juga disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan, kurang zat besi, penyakit tiroid, masalah sistem imunisasi dan tekanan.
Selain mencacatkan penampilan, masalah ini juga meninggalkan kesan psikologi di kalangan pengidapnya yang menyebabkan mereka merasa rendah diri, kemurungan, tidak berkeyakinan dan sebagainya.
TESTIMONI PENGGUNA : Rambut Gugur
Saya ingin berkongsi pengalaman saya sejak mengunakan minyak kelapa dara. semua ahli keluarga saya mengamalkannya.
Saya mengalami masaalah rambut gugur . Setiap kali saya membasuh rambut, pastinya terlalu banyak rambut yang gugur hinggakan nampak kulit kepala.Biasanya kaum lelaki akan alami masaalah botak kepala dibahagian tengah kepala begitu juga dengan saya. Tapi sejak saya gunakan minyak kelapa dara minum 1 sudu pagi ,1 sudu malam dan disapu dibahagian kawasan yang tiada rambut ,seeloknya buat macam pakai minyak rambut sapu keseluruh bahagian rambut.
Dua minggu kemudian saya amat terperanjat bila isteri saya memberitahu kawasan yang botak itu telah ditumbuhi anak rambut dan kini bahagian tengah kepala saya telah penuh ditumbuhi rambut.
Pada mereka2 yang mengalami masaalah botak ditengah kepala why not mencuba minyak kepala dara ini.
Abd. Rahman
Matahari Height
Senawang N. Sembilan

Petua Kecantikan dan Rawatan Rambut

Mencantikkan Rambut
  1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
    • Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
    • Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
    • Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
  2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
Hindari Rambut Gugur
  1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
  2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
  3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.
Melebatkan Rambut
  1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
  2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.
Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-
  1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
  2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.


Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Petua Mengurangkan Rambut Gugur

Fuyoohhh...Selama beberapa minggu saya keputusan bekalan (internet masalah!), banyak soalan yang dikemukakan dalam blog ni. InsyaAllah saya akan cuba berkongsi petua-petua yang anda telah request di ruangan "shoutbox" yang terdapat pada bahagian sebelah kanan blog ini. 

Namun begitu, ada juga request petua yang telah sedia saya post. Mungkin beberapa orang di kalangan anda tidak perasan petua yang anda minta itu telahpun saya postkan. Jadi bagi memudahkan anda, saya telah menambahkan sesuatu yang baru di blog ini iaitu ruangan menu (lihat pada sidebar sebelah kiri blog). Di situ, saya telah himpunkan menu-menu yang boleh anda nampak dengan mudah. Saya harap anda dapat temui apa yang anda cari di situ.


petikan mengenai rambut gugur ini dipetik daripada http://petua-kecantikan-melayu.blogspot.com/2007/05/petua-mengurangkan-rambut-gugur.htmlSemoga anda semua mendapat manfaat daripada petua-petua yang dipaparkan di sini. Saya akan cuba postkan petua yang saya tahu berdasarkan permintaan yang telah anda buat di blog ini. Saya akan mulakan dengan petua untuk rambut (mengurangi masalah rambut gugur, melicinkan dan menambahkan volume pada rambut anda)

Petua Mengurangkan Rambut Gugur :

Saya juga menghadapi masalah rambut yang gugur dan berkelemumur. Tapi setelah mencuba petua ini, saya dapati rambut yang gugur telah berkurangan dengan kadar yang segera. Anda sendiri boleh mencubanya kerana ianya mudah sahaja.

Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu. 

p/s : bagi yang sukar untuk mendapatkan bunga raya putih dan daun lidah buaya, saya nasihatkan mulalah menanam pokok-pokok ini di rumah anda, walaupun hanya menggunakan pasu sahaja.

Rawatan Androgenetik Alopesia (Rawatan Rambut @ Rambut Gugur)

Rawatan Androgenetik Alopesia (Rawatan Rambut @ Rambut Gugur)
- Rawatan Neuro Akupunktur dan Ubatan Herba
- Generasi Keempat Rawatan Ubatan Herba Cina Formula Turun Temurun
Androgenetik Alopesia masalah rambut gugur
Kami mempunyai formula khas untuk merawat rambut gugur.
Kesemua formula ini telah dikaji terlebih dahulu selama 140 tahun dahulu dan dikemaskini mengikut peredaran masa selaras dengan gelaran yang diberi kepada Master.
Tidak hairanlah jika wanita memandang masalah rambut gugur sebagai sesuatu yang cukup serius. Pada kebiasaan keguguran berlaku disebabkan oleh faktor keturunan pada peringkat remaja, lingkungan 20-an atau 30-an. Masalah ini menjadi lebih ketara apabila mereka mencecah usia 40-an.
Bagi setiap individu, hampir 90 peratus rambut di kulit kepala akan terus berada dalam fasa pertumbuhan, manakala bakinya di kulit kepala akan berada dalam fasa rehat.

Fasa pertumbuhan ini berlanjutan dalam tempoh antara dua hingga enam tahun. Bagaimanapun, rambut akan gugur pada penghujung fasa rehat.

Pertumbuhan rambut yang normal perlu melalui tiga peringkat iaitu:

* Fasa pertumbuhan

* Fasa berehat

* Fasa gugur
Bagaimanapun, kadar pertumbuhan rambut seseorang dipengaruhi oleh faktor usia. Semakin meningkat umur seseorang, semakin perlahan fasa pertumbuhan rambut mereka.
JENIS-JENIS MASALAH RAMBUT GUGUR

* Androgenetik alopesia

Ia merupakan masalah rambut gugur yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita. Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk kebotakan pada lelaki (male pattern baldness).

Ia disebabkan oleh kombinasi tiga faktor iaitu:
  • testosteron - (hormon lelaki).
  • usia - selepas seseorang berusia lebih 20 tahun.
  • keturunan - biasanya berlaku lebih kerap dikalangan lelaki berbanding wanita.

Rawatan agak sukar dan mahal, namun mereka yang ingin mendapatkan rawatan dinasihatkan berjumpa pakar yang arif untuk merawat penyakit ini. Ini kerana terdapat ubat-ubatan yang disahkan berkesan penggunaannya. Sebaik-baiknya, elak menggunakan ubat-ubatan yang tidak diketahui kesannya

* Alopesia areata
Masalah rambut gugur setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya. Prognosisnya agak baik tanpa rawatan, bagaimanapun adakalanya ia akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

* Telogen effluvium
Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet). Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan, tanpa memerlukan sebarang rawatan.
PUNCA-PUNCA RAMBUT GUGUR YANG SERIUS
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. rambut gugur ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.
rambut gugur bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:
* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa rambut gugur akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami rambut gugur yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.

* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan rambut gugur.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun rambut gugur ini akan pulih seperti sediakala.

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan rambut gugur untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan rambut gugur.


* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Info Rambut Gugur

Berikut merupakan info tentang rambut gugur. Boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mengalami masalah rambut gugur.


Apakah pertumbuhan rambut yang normal? 


Rambut tumbuh sebanyak 1cm setiap bulan. Ia tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada 3 fasa. 
• Fasa pertumbuhan (Anagen) berakhir sehingga 2 - 6 tahun 
• Fasa segenerasi separa (Catagen) berakhir sehingga 10 -14 hari 
• Fasa rehat (Telogen) berakhir sehingga 2 - 3 bulan di mana rambut akan gugur seterusnya 


Jangka hayat rambut adalah lebih kurang lima tahun. 


Berapa banyak rambut harus gugur setiap hari? 
Lebih kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala 10% lagi berada dalam fasa rehat. Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lebih kurang 100 helai rambut boleh gugur dalam sehari. 


Apa yang menyebabkan keguguran rambut yang teruk dan tidak normal? 


Keguguran rambut yang teruk atau botak (alopecia) boleh berlaku: 


• Selepas melalui keadaan yang tertekan/stres seperti: 
   o Sakit yang serius 
   o Pembedahan besar 
   o Selepas bersalin 


Ia berlaku di antara  3 hingga 4 bulan selepas melalui keadaan tersebut di mana rambut akan berhenti tumbuh dan terus memasuki fasa rehat. Ini dipanggil Teloger Effluvium.                                                   
                                                                             
• Masalah hormon 
   o Penyakit kelenjar tiroid 


• Disebabkan penyakit seperti penyakit Sistemik Lupus Erythematosus 


• Kesan sampingan ubatan seperti 
   o Ubat Antikogulasi (warfarin) 
   o Ubat merawat kanser (kemoterapi) 
   o Pil perancang keluarga (kontraseptif secara oral) 
   o Ubat anti-kemurungan 


• Alopecia Androgenik 
   o Botak mengikut corak lelaki adalah: 
      *Penyebab yang biasa bagi lelaki ialah disebabkan oleh keturunan 
      *Keadaan ini boleh berlaku seawal umur dua puluhan 
      *Rambut mula botak di bahagian anak rambut bahagian hadapan dan atas 
        kepala 
   
   o Botak mengikut corak wanita: 
      *Berlaku kepada wanita yang mempunyai kecenderungan   
        genetik/keturunan 
      *Rambut menjadi semakin nipis di  seluruh kepala terutamanya di  
        bahagian atas kepala 


• Penyebab lain keguguran rambut yang teruk ialah: 
   o Jangkitan - jangkitan kulat, biasanya berlaku pada kanak-kanak 
      *Keguguran rambut berlaku tidak sekata 
   
   o Alopecia Areata. Ini terjadi disebabkan oleh penyakit auto imun di mana    
      liang rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri 
      *Ia boleh menyebabkan tompokan-tompokan botak 
      *Ia boleh menyebabkan botak di keseluruhan kepala (Alopecia totalis) 
      *Ia boleh mengakibatkan botak di keseluruhan rambut kepala, kening, 
        ketiak dan bulu di kemaluan. (Alopecia Universalis) 


   o Trichotillomania ialah masalah psikologi yang mendorong individu menarik 
      rambut mereka 
      *Ia biasanya dialami oleh remaja perempuan berbanding lelaki 
      *Ia dikaitkan dengan masalah kemurungan 


Apa yang perlu saya buat jika saya menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk dan tidak normal? 


Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. 


• Jika masalah rambut gugur disebabkan oleh stres, jangan bimbang kerana ia   
   hanya sementara dan rambut akan tumbuh semula 


• Penyiasatan untuk mengesahkan penyakit lain seperti penyakit tiroid dan SLE 
   perlu dilakukan untuk rawatan 


• Jangkitan kulat boleh dirawat menggunakan ubat anti-kulat 


• Ubat dapat membantu dalam beberapa situasi 
   o Contohnya, minoxidil dalam bentuk  topikal 2% dan 5% dapat    
      memperlahankan atau mencegah masalah botak mengikut corak lelaki atau 
      wanita 
   o Tablet finasteride dapat membantu masalah botak pada lelaki 


• Terapi psiko logikal diperlukan untuk rawatan Trichotillomania


Semakan akhir: 14 Julai 2006 


Info tentang rambut gugur ini Dipetik daripada http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/RAMBUTGUGUR.pdf

Rahsia Melebatkan Rambut dan Mengubati Rambut Gugur

MENUBATI RAMBUT GUGUR & CANTIKAN RAMBUT
Terutama bagi wanita yang mengalami rambut gugur dan ingin cantikkan rambut cubalah petua ini kerana rambut adalah sebahagian dari mahkota wanita. Pokok pisang yang ditebang akan meninggalkan tunggul yang tertanam di dalam tanah. Lubangkan tunggul batang pisang ini. Keesaokkan harinya lubang tunggul itu akan dipenuhi air yang amat sejuk. Sapukan air tersebtu ke kepala anda setiap hari. InsyaAllah dalam masa yang tidak lama, rambut anda akan menjadi sihat dan berseri.

MELEBATKAN RAMBUT JARANG ATAU BOTAK


Ambil telur udang dan gosokkan pada kulit kepala anda. Keesokkan harinya baru dibasuh. Lakukan selalu, hasilnya pasti rambut anda bertambah lebat.